Make your own free website on Tripod.com
« June 2012 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Ayam Kelio
Kedai Kopi-O
Monday, 21 June 2004


AYAM SELERA BERSANTAN
? senduk minyak masak
4 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 camca besar cili boh
2 camca besar rempah kurma
1 ekor ayam (tidak perlu dipotong)
Sedikit asam jawa dicampur 2 camca besar air
1 biji kelapa parut, perah dengan empat cawan air
Garam dan gula sesedap rasa
2 ulas bawang putih - bahan kisar
8 biji bawang merah - bahan kisar
2 cm halia dan lengkuas - bahan kisar
1 labu bawang besar, dihiris bulat - bahan hiasan
2 biji cili merah, dihiris serong - bahan hiasan

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi. Masukkan cili boh, bahan kisar dan rempah kurma. Tumis sehingga garing. Masukkan ayam dan air asam jawa. Gaul ayam supaya sebati dengan rempah, biarkan selama lima minit. Tuang santan sehingga ayam tenggelam. Masukkan garam dan gula, biar sebati. Masak ayam sehingga kuah pekat dan ayam empuk. Selepas lima minit boleh angkat dan hidangkan. Hias dengan cili merah dan bawang besar.

Posted by kucingkutidur at 5:06 PM CDT

Mood:  a-ok
Topic: Ayam Kelio
AYAM KALIO 1 kg ayam 2 biji kelapa, diambil santannya 2 keping asam gelugur Sedikit garam, dan serbuk lada putih 1 helai daun kunyit, dihiris halus 30 gm cili merah - dikisar 15 gm cili kering - dikisar 5 biji buah keras - dikisar 7 ulas bawang putih - dikisar 15 biji bawang merah - dikisar 3 batang serai - dikisar 15 gm halia - dikisar 15 gm lengkusa - dikisar 2 biji tomato - dikisar Perap ayam bersama garam, biar seketika dan goreng hingga separuh masak. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar dan kacau hingga naik bau. Masukkan santan, asam gelugur, garam, serbuk lada putih. Kacau hingga kuah pekat. Kecilkan api, masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk. Padamkan api dapur dan tabur daun kunyit. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Posted by kucingkutidur at 5:05 PM CDT

Newer | Latest | Older